Pelaksanaan Projek Sistem Transit Rapid (RTS)
dilihat mampu memberi manfaat lonjakan ekonomi dalam pelbagai sektor,
khususnya sektor rel negeri di Johor.
Pensyarah
Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia
(UPM), Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari berkata, usaha itu dilihat mampu
menjadikan pergerakan kedua-dua negara lebih produktif selain
menjimatkan masa perjalanan.
Katanya,
dalam masa sama, perkara itu secara tidak langsung turut membantu
meningkatkan tahap ekonomi pelancongan domestik dan antarabangsa.
"Projek
yang dijadualkan siap pada tahun 2026 dijangka akan menjadi lonjakan
baharu buat Johor dan Malaysia dalam sektor rel kerana ia akan
menjadikan pergerakan antara kedua-dua negara lebih produktif selain
menjimatkan masa perjalanan.
"Selain
itu, manfaat daripada projek ini juga dilihat mampu meningkatkan lagi
sektor ekonomi pelancongan domestik dan antarabangsa memandangkan
sebahagian besar ada pelancong masuk melalui Singapura duhulu sebelum ke
Malaysia," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Jumaat.
Projek
Sistem Transit Rapid RTS menghubungkan Johor Bahru-Singapura yang
sekian lama tertangguh akhirnya diteruskan semula pada Januari 2021.
Menteri
Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, projek berkenaan akan
dilaksanakan secara dua fasa yang dijangka siap pada penghujung 2026.
Dalam
pada itu, Mohd Yusof yang juga Sektretariat Majlis Tindakan Ekonomi
(EAC) berkata, pelaksanaan projek berkenaan turut memberi manfaat
pembinaan kepada penduduk tempatan di kedua-dua negara.
"Malaysia
bagaimanapun perlu berhati-hati kerana negera sedang bergerak ke arah
pasca COVID-19 dan ini merupakan projek berskala besar serta
berintensifkan modal guna buruh.
"Oleh
itu, penting bagi kerajaan untuk sentiasa melakukan pemantauan selain
berupaya meningkatkan impak pekerjaan kepada penduduk di Johor,"
ujarnya.
credit to Awani